Tuesday 14 June 2011

Hadiah Yang Selalu Perempuan Impikan Daripada Lelaki

memandangkan birthday aku semakin hampir...so aku nk share la sikit...hehehehee..



Selalu kalau dah tiba harijadi 'si dia', mesti kaum lelaki ni akan gelabah dan persoalan macam ni selalu akan bermain kat minda. 'Nak bagi apa? Bagi ni ok tak?' Dan macam-macam lagi soalan yang kadang-kadang bagi lelaki ni remeh temeh je. Tapi apabila dah mula berpunya, mulalah pening lalat. Sampai ke dalam internet dicarinya. Itu pasallah kau boleh baca entri aku ni. Hehe....Tapi tak apa, buat apa nak gelabah-gelabah, lelaki sejati kena cool je. Bagi apa-apa pun perempuan tak kisah, asal ikhlas. Tapi ada benda yang selalu perempuan nak sangat daripada lelaki. Nak tau apa? Ini dia....

********************

CINCIN/ RANTAI
Kebanyakan perempuan memang mengharapkan kaum laki ni bagi ni. Sebab apa? Sebab benda ni bawa maksud yang mendalam apabila diberi pada dia. Tapi sebab itu jugaklah kalau boleh cuba elakkan daripada bagi cincin/ rantai ini kerana sesetengah perempuan akan mengganggap kau memberi harapan tinggi kat dia yang kau akan peristerikan dia. Kalau jadi tak apalah, kalau tak jadi? Menghancurkan harapan tu tak elok der apatah lagi bila kau bagi harapan setinggi gunung everest. Jadi, kalau boleh cuba elakkan. Bagi waktu hari pertunangan/ pernikahan kan lebih bermakna. 



ANAK PATUNG
Anak patung bukan sebarang anak patung, anak kepada bapak patung punya. Perempuan ni walaupun dalam kelembutan, masih ada ganasnya. Kalau tak percaya cuba bagi anak patung yang bersaiz besar atau bapak besar. Mesti bila dah dapat tu, mula-mula dia akan peluk. Lepas tu peluk kuat lagi, kuat lagi, kuat lagi dan akhirnya segala skill wrestling dia bantai kat anak patung tu. Lagipun kalau diorang tak dapat peluk pakwe diorang, dapat tidor peluk teddy bear pun jadilah...Tapi pastikan tanya dulu suka teddy bear saiz macam mana. Sekali dah beli tak suka pulak sebab dia takut besar sangat nanti hidup. Dan jangan pulak kau tanya tu nampak sangat nak belikan, tak supriselah gitu (jangan beli patung kobau pendek).



GURL STUFF'S
Yang ni termasuklah dalam kategori pakaian, kasut ataupun dalam bahasa pendeknye, sesuatu yang dia harap dapat ada. Kiranya korang jadi pari-pari yang menunaikan hasrat dialah gitu. Dan benda biasa yang dia harapkan tak lain ialah handbag atau kasut. Jangan terkejut kalau barang yang diidamkan tu berharga seperti seekor kambing sebab dah nama pun diidamkan. Kalau setakat murah-murah tu baik dia beli dekat pasar malam je ye tak? Jadi, pastikan poket tu ada duit yang berlebihan tak tahu nak buat apa, selalu sepah-sepah duit tu baru beli benda ni. Tak digalakkan bagi yang menggunakan barang ni untuk mengurat. Sebab kalau tak dapat dia, nanti mulalah mengungkit.



MASAKAN
Benda yang bagi biasa bagi lelaki tetapi luar biasa bagi kaum hawa. Tak payah nak habiskan beratus-ratus ringgit semata-mata nak bagi dia happy. Masak je nasi goreng ataupun kalau nak grand sikit masak beef stick lepas tu buat candlelight dinner. Pergh... Mesti dia cair...Tak caya cubalah. Mesti dia terliur nak rasa. Tak sedap tak apa, yang penting sendiri buat.





HANDMADE
Sama jugak seperti kat atas, tapi yang ini lebih kepada kraftangan. Buatlah benda-benda yang simple je. Contohnya? Korang beli satu botol, lepas tu buat star yang mana setiap satu star dalam tu ada tulis 'I LOVE YOU" atau apa-apa perkataan yang romantik. Jangan pulak korang tulis benda yang merepek. Romantik sikitlah bro~~~Lepas tu nanti kalau bosan-bosan atau sedih mesti dia akan bukak botol tu kira berapa banyak starlah, baca balik apa yang korang tulislah...Betoi....Tak tipu...






PERHATIAN
Akhir sekali, yang paling mudah tak perlu keluarkan duit langsung ialah perhatian korang terhadap dia. Macam mana kau selalu hargai dia, setia pada dia, ambil perhatian bila dia cakap dan ambil berat pasal dia dah cukup. Tak guna kalau couple tapi dia je yang syok sendiri. Apabila dia call, korang boleh tak angkat handset yang kat sebelah je sebab dah leka dengan dota. Lupakan sekejap dota tu der, kalau rasa awek korang tu mengganggu, maksudnya korang belum bersedia nak bercinta ni okhey? :)

********************

Kesimpulannya, tak perlu beli benda mahal-mahal. Perempuan sebenarnya suka pemberian ikhlas daripada seorang lelaki yang dicintai. Beli benda-benda yang selalu dia guna pun dah orait...


P/s: Betul ke apa yang aku fikir ni? Ke korang(ladies) ada nak tambah apa-apa? Barang atau pendapat?


Read more: Akal VS Emosi: Hadiah Yang Selalu Perempuan Impikan Daripada Lelaki 

No comments:

Post a Comment