Sunday 22 July 2012

speechless




sorry sebab tengok hp..sorry sebab sepah2kan kereta...sorry sebab timbulkan perasaan marah..
..sory..

sendiri xpernah pk privacy orang...slamani blh plk pk...
ingat boleh kongsi privacy...tp silap la pulakk..
sorry JANJI xakan sentuh barang2 lagi..

bodoh punye perangaai aku ni.
belajar lah hormat barang2 orang.

*speechless. 

Saturday 21 July 2012

salam ramadhan

Lame da xpost ape-ape kat blog ni...banyak bende berlaku..so i made up my mind not to post sebanyak post la..hehehe...
Sekarang bulan Ramadhan..jadi...saya ucapkan..
 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN yee semua yang bergelar MUSLIMIN DAN MUSLIMAT... puasa yee..jangan xpuasa...




Tuesday 19 June 2012

hargai lah dia..


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.


Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.


Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.


Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.


Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ♥ ^_^ ♥

What to say?


ya...correct...
if they dont notice...it means that we r not important to them..
yaa...wake up will u~! 
huuuu~

Thursday 14 June 2012

Lirik Lagu Biar Sampai Ke Bintang – Asmidar






Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

i dont understand





It Sucks Went U Dont Know Where U Stand In Some Ones Life

Tuesday 12 June 2012

Mari mari kita kenali WARNA dan sifatnya.




pink dress

Pink
- Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

white dress

Putih
- Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
- Negatif: Boros berbelanja

black dress


Hitam
- Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung

red dress

Merah
- Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung

yellow dress


Kuning
- Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah

green dress


Hijau
- Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan
kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. Pencinta alam sekitar.
- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot

Monday 11 June 2012

Tanda Lelaki Ini Bukan Pasangan Anda


Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.


Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda-tanda teman lelaki anda tidak sesuai untuk anda jadikan pasangan hidup.?
  • Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan untuk anda
  • Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik
  • Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa
  • Dia selalu bermain sms ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia bersms, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan sms dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang?
  • Anda telah selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.
  • Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting
  • Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.

*p/s : betul ke...?? emmmm..

Sunday 10 June 2012

mimpi dalam majlis kawin


Jika bermimpi berada dalam majlis perkahwinan, atau menjadi pengapit pengantin atau pengiring.

Maknanya : Akan dikelilingi oleh sahabat yang selalu menolong anda.



* ni lah yang aku mimpi malam semalam...1hari aku duk pikir...ok then..if maksud die baik aku suke laa kan.. hehehehe....amiiinnn~

Friday 8 June 2012

terer la tu???









teringat time zaman-zaman muda..belajar bawak motor..tapiiii...hahahahaah..korang bace la kat bawah nii


situasi 1 : 1km sblm smpai traffic light..punye laa takut + kalut kot2 moto laju ke..lnggar traffic light ke..1km sblm traffic..aku da standby berhenti motor..pastu tengok traffic light dari jauh..huuu..



situasi 2 : selekoh
kt selekoh..aku tolak motor guna kaki sebab nk balance kan moto..hahaha..


situasi 3 : konon2 da terer...bwk moto laju dlm tman..pastu break mengejut kt depan gate sndiri..org blkg melompat dari moto n gelak guling2..kannn...


  • *sampai sekarang aku was-was je nak bawak motor.hahahahaah.
    sekian.

Thursday 7 June 2012

tempe menyebabkan payudara besar dan cantik




Memiliki payudara sihat dan besar menjadi impian banyak kaum hawa. Selain operasi, ada beberapa cara semulajadi yang boleh memperbesar payudara, salah satunya dengan makan produk kacang soya seperti pada tahu dan tempe. Namun makanlah dengankadar normal kerana kalau berlebihan dapat membuat kanser payudara.
Beberapa makanan dapat meningkatkan kadar hormon, seperti estrogen dan prolaktin, yang secara langsung dapat memperbesar ukuran dan bentuk jaringan payudara. Salah satu makanan yang dapat meningkatkan hormon tersebut adalah yang berasal dari produk soya, seperti tahu, tempe dan susu soya.
Tahu dan tempe memiliki senyawa seperti genistein dan daidzein yang secara alamiah terdapat dalam kacang soya dan kacang-kacangan lain. Senyawa ini adalah bahagian dari kelas molekul yang disebut isoflavon, yakni senyawa mirip estrogen yang dapat mempengaruhi hormon-hormon dalam tubuh manusia.

National Institutes of Health (NIH) mengakui penggunaan teoritis kacang soya sebagai makanan pembesar payudara, tetapi menggunakan ini didasarkan sepenuhnya dalam teori dan tradisi, karena belum ada penelitian ilmiah yang membuktikan hal tersebut, seperti dilansir Livestrong, Jumaat (9/12/2011).

Penelitian sejauh ini menunjukkan bahwa isoflavon mempunyai efek baik yang membantu kesehatan wanita. Namun bila dimakan secara berlebihan juga dapat menimbulkan bahaya.

Berikut adalah plus minus manfaat produk kacang soya pada kesihatan wanita, seperti dilansir hubpages:

Manfaat produk :

1. Membantu menjaga kepadatan tulang sehingga mengurangi risiko osteoporosis
2. Meringankan gejala menopause seperti hot flashes (rasa gerah atau sering kepanasan)
3. Membantu menghambat beberapa jenis kanser serviks, kanker payudara dan jenis kanser lain, yang juga terdapat pada lelaki (bila dimakan secara normal dan tidak berlebihan).

Bahaya terlalu banyak memakan produk kacang soya:

1. Kajian yang didanai oleh National Cancer Institute pada 1990-an menunjukkan bahawa dalam dosis besar, kacang soya dapat menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara. Menurut ilmuwan, hal ini disebabkan oleh peningkatan pertumbuhan saluran susu, yang biasanya memicu kanser payudara berkembang.
2. Dapat mengurangi efektivitas letrozole dan tamoxifen, dua perawatan popular untuk kanser payudara.
3. Dalam jumlah besar, kacang soya juga dapat menimbulkan risiko pada perkembangan dan fungsi otak bayi laki-laki.

*jadi...sebab ni keee boleh jadi besar?? huu~ malu nak sebutt... 0_o

marah dalam tidur




al-kisah..... 

roomate aku ni tebiat taw!! suka buat suprise..huuuuuu~ pagi-pagi da merapu tah ape-ape.yang kene nye aku..tapi aku layankan aje lah..hahaha....

situasi 1 : pukul 3.30pagi

tiba-tiba ......

die : MANE NAK MUAT BEG TU..BEG TU KECIK..AMIK BEG NI..BESAR HAA..( siap bersila smbil pegang luggage bag)
aku: (garu kepala.minah ni ok ke x? huu~ wat seram di pagi harii..)
die: (terus tido tanpa perasaan)..


situasi 2: pukul 4.3pagi.. <-- aku ingt sebab ak tgk jam..hahaha...

aku tersepak kaki die rasenye...aku tersepak slow je..sekali..

die: OOIII~ INGAT NI MAIN BOLA SEPAK KE! NAK MAIN BOLA SEPAK GI PADANG LA.
aku : ehh~ sorry2x babe..tak sengaja...ko ok??
die : (tutup mata n menyeliat)
aku : ooiiitt..gilaa..ko kenapa...??
die : (ttiba terjaga) huh?? apee...aku tengah tdo nii.kenapa??
aku : ( sah~! marah dalam tdo..tah sapa tah die marah..sampai terbawak-bawak..yang kene nye aku.)

Wednesday 6 June 2012

kenangan hidupku


meh layan lagu ni..






janji padamu..



aku suka lirik lagu niii...cuba hang dengaq sat...pastu gtaw aku apa maksud lagu nii.. :)


Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Pandainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

seluar yang kreatif



aku dok online tadi..searchlah design seluar yang kreatif-kreatif..tapi jumpa yang lebih kreaitf dan gila macam kat bawah nii..jom tengok!

nak belok bagi signal pleaseee....


aku ada..kau ada??

"ingat nk buat design kopi..sekali betol2x tumpah..xpe lah..print out je la jadi design"

2in1..MAKAN n TONTON TV...kau mampu??

haaaiiihh mesra pineapple toiiii~

Monday 4 June 2012

kesusahan





Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.


Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. tidak membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Sunday 3 June 2012

~ mari berkahwin ~

2jun dan 3jun hari tu abang sedara aku yang dekat ampang tu kawin..this is on my mom's side..rumah maklang laa..very happy for him :) congratulation~!! name die RAIHAN n wife die SHAHEERA. shaheera ni orang taman melati. so 2jun (sabtu) pihak lelaki hantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. tapi heran..mana la pergi adik-beradik mak aku ni. bayangkan mak aku ade 9 adik beradik.tapi yang datang.2family.mane yang lain??? mana?? mak aku pun tak dapat datang hari sabtu sebab hadiri kursus haji..*abah ade konflik dengan maklang pulak kan..so diorang decide nak gerak ke ampang sabtu malam. seriusly sangat-sangat kesian dekat abg sedara aku ni..but..i'll do my best for him. sebabnya aku ng die rapat masa kecik..dari kecik sampai sekarang..die tetap panggil aku dengan panggilan yang sama...iaitu GIRL..ehhh~! SEMUA family aku panggil aku GIRL..ahahaha...cute kan..muahahaa...

majlis belah rumah pengantin perempuan...QUIET OK..DJ die pon best...ahahah...mane tak nye..menyakat jee...semua yang lalu tu die sakat..hahaha...but u r the best la bro~ bro ke?? da tuaa daaa...hahaha..tapi gataaaiii naaaa...<-- bak kata orang utara...CEEEMMMUUIIIHHH. hahaha...

rumah maklang dipenuhi dengan anak-anak kecil...90% all BOYS..tercari-cari aku kot-kot ade kazen-kazen punye kawan or kawan-kawan pengantin ade yg bawak anak perempuan/baby perempuan..sejukkkk sikit mata nii..ni semua lelaki...haddoiiii~ peninggg maakk.

malam pertama tdo umah maklang..tidur atas sofa...yelahh..perabot tak alihkan lagi...malam kedua..huuuu~ semua tdo ibarat dugong terdampar ( termasuk la aku) hahahaa...bangun-bangun pagi jee Ya Allah sakit sangat-sangat belakang aku..tapi ape buleh buat..xkan nak request tidur atas sofa...*demand sangat..huhuhu

ade sedikit/banyak la kekurangan di majlis rumah pengantin lelaki...kesiaann kat abang sedara aku..die pun tahu banyak kekurangan..masalah nye punca dari maklang laa..sampaikan konflik dengan adik-beradik..die ni pun banyak sangat perangai yang kitorang sendiri sangat-sangat tak berkenan.tapi die la anak kesanyangan nenek.huuuuuhhhhh~ menyampah...tapi..tak patut la makcik-makcik aku wat macam tu...kot ye pon marah...kesiankanlahhh abang sedara aku niii....nampak die cam terdiam tengok majlis sendiri tak berapa..padahal semua da setting and deal..hmmmmm...

dan yang paling aku BENCI..abang kepada abang sedara aku nii..cam gampang punye perangai..name die ZAKI. die dengan BETINA (wife) die boleh duduk dalam bilik..langsung tak keluar bilik tolong-tolong kitorang kat luar ni..aku nak je maki WEEI BESARKAN BONTOT JE kee?? tapi malas.. da la duduk 1 rumah..bil air tak bayar..bilik aircond lak tu.pastu sampah buang kat dapo..pastu maklang aku yang kutip n buang kat luar..pehal??? BANGANG NAK MAMPOS.haaaa...hameeekkaaaw. pastu boleh pulak maklang aku kata EHH IRAA..JANGAN KACAU DIORANG.punye la die sayang ank die yang dah kene NASI KANGKANG <-- adik aku arief yang cakap. hahahaha... diorang tu better keluar dari rumah tu lah..wat semak je watpe..sakit mata + sakit hati jee
*ehh.apasal aku yang emosi lak nii?? hahahaa...

majlis rumah lelaki tu aku yang jadi pengapit..aku dan adik akuu..hehehehe..mak aku kata 'WAAHH PAKEJ ANAK-ANAK AKU NII..ORANG BOOKED "..hahaha..aku ni da 2x da jadi pengapit...klu xlekat jugak jodoh tak tahu laah akuu..hahaha...

macam-macam hal je kat majlis tu..harap-harap perkahwinan mereka kekal..aminnn~

jom kt bawah ni aku share sedikit picture masa hari persandingan beliau...

 aku and adik aku jadi pengapit

saje curi picture diorang jap..haha

 3 dara pingitan yang xde ikatan apa-apa lagii


smart...saja aku amik dari fb diorang..hakhakhak


Pelik Budak Mempunyai Cengkerang Seperti Penyu


Pelik apabila seorang budak berusia 8 tahun mempunyai cengkerang seperti penyu. Budak yang dikenali sebagai Maimaiti Hali mempunyai ketumbuhan seperti cengkerang di bahagian belakang badanya.
Maimaiti telah pun menjalani pembedahan untuk membuang cengkerang tersebut dari badannya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakannya. Mereka mengelarnya si budak ‘Penyu’ kerana cengkerang itu semakin membesar serta keras seperti cengkerang penyu.
Masalah cengkerang ini telah dikenal pasti oleh doktor sejak Maimaiti masih kecil tetapi untuk menjalankan pembedahan doktor terpaksa menunggu sehingga Maimaiti membesar.





Wednesday 23 May 2012

xpuas hati



tak fahamm..serius tak faham...ape die nak sebenarnyee...semalam dengan tenang and cool aku call die..and bincang dengan die about the case..die nii..aku rasa macam nk lempang pun ada..eeee..geram. die marah aku kenapa aku blocked die..die marah kenapa kila (adik angkat aku yg sewel ni) maki-maki..haaiiihh~ peninggggg laa. pastu 1 question came out from his mouth " awak.. awak memang da tak mau kawan dengan saya ka..?" <--- motive of saying these words???? hmmmm..

1thing that i told him yesterday. 'HEY.KALAU AWAK ADA DEPAN MATA SAYA..SERIUSLY SAYA AKAN TUMBUK AWAK.PEDULI APE SAYA." He was shocked and a bit quiet. then he said "EMM..AWAK MAAFKAN SAYA..EMM..SAYA TAHU AWAK MARAH"..

and i told him "IKUT AWAK LAA.MALAS NAK AMIK TAHU.AWAK TUNANG KE TIDAK..KAWIN KE TIDAK.ADE SAYA KESAH?"

and u know what...he replied " AWAK..BETOL-BETOL DA XTAK MAU KAWAN SAYA KAA..."<---- aku rasa nk ketuk je mamat ni.SERIUS.

hissshhh..and i bravely told him " SEBENARNYA AWAK TAK BOLEH HILANG SAYA KAN.SEBAB AWAK DA BIASE KONGSI MACAM-MACAM RAHSIA N CERITA DENGAN SAYA KAN? SO AWAK NAK SAYA TOLAK ANSUR MACAM MANE DENGAN AWAK? SAYA XKISAH AWAK XPERNAH PK.SAYA OK AWAK YANG BUAT MACAM-MACAM PERANGAI.APE LAGII PASNII????

he repeat the same thing " SAYA MINTAK MAAF"...

i told him " OK.SO SEKARANG AWAK NAK APA DARI SAYA??"

he told me " SEBENARNYA SAYA ADE MASALAH IAITU TAK TAHU APA SAYA NAK.SEBAB TU SAYA WAT KEPUTUSAN MACAM TU.IAITU LEPASKAN AWAK."

ahahaha..this is my reply to him "OWH.OK.SAYA DA TERIMA PUN AWAK LEPASKAN SAYA. JADI SEKARANG NAK APA??? KALAU BOLEY TAK ADA KAITAN DENGAN KILA PUN BAGUS.LETIIH.ASAL GADO-GADO SAYA MESTI TERLIBAT. "

he said " KILA TU SEMAK.SIBUK.JG TEPI KAIN ORANG.AWAK SAYA MINTAK JANGAN LAYAN DIE LAGI.NANTI BANYAK BENDA DIA KUCAR KACIRKAN."

Ewah-ewahh...hahahahaha...then die ade keje...kene fogging.he said he will call.but...as usual.he NEVER CALL.so aku peduli ape.kan?

Tuesday 22 May 2012

H.U.R.T




tah laa weeii..apasal lah satu hari ni dapat berita tak best.. rasa nak cerita kat blog ni tapi hati macam da tak larat nak luahh.. <-- ke sebenarnya aku ni seorang yang suka pendam? oklah~ terima je la macam tu.hahaha..
tapi serius hal semalam memang dasyat.. pkul 4pagi dapat message dari sesorang yang boleh digelarkan KASANOVA.yeees~! that's a good title i should give it to u man.oh no.damn boy.oh no.freaky boy.no.no.no. stupid?? i guess.Yeahhh.stupid. ade aku kisah kalau kau terbaca post kt sini?? well u didn't even know my blog is it? then i dont care at all to say these things to you i suppose.

aku tak faham lelaki yang tak tahu ape die nak dalam hidup tapi suka bagi ayat-ayat cinta+jiwang karat ( da macam paip karat dah kan) tapi at the end??????? apa pun tak boleh. duk kejar ramai gadis-gadis..flirt sana sini..then..bila sangkut 1 problem..budget HE IS THE GOOD ONES. f**k off la.come on. kau mainkan hati ramai perempuan. dan yg paling best ko kata tempoh perkenalan tu penting and ko kate ko tak kenal aku. HELLO. kalau aku bocorkan kat EX / BECOMING TUNANG ko yang ko sendiri mula-mula tak nak dia ko rasa camne?? best ke tak eh?? kau sembang kencang.tapii apa pon tak boleh pakai.

lagi kelakar kau ajar aku macam mane nk belajar cinta and sayang orang.HEEYY LISTEN. kau lupa dulu kau macam mane??? tak hensem+gemuk+xstyle+xde duit..bila kau kurus..sume perempuan kejar kau dan kau main-mainkan die kan?? DAN KAU SENDIRI CKP KO NAK AKU.SUKE AKU.at last..bila ex yg ko da terlanjur tu merayu-rayu..n family kau da terima..ko cakap ng aku KAU CINTA DIE N MEMAIN JE NG AKU.BERANI GILA KAU EH.seriuS KASANOVA.kalau ko tak nak aku..jangan la cakap NAK AKU.aku tak hadap laaa lelaki macam kau ni. 

selama ni ape orang cakap buruk pasal kau sikit pun aku tak amik peduli TAPI LANGSUNG KAU TAK PANDANG kan.kau boleh kate TU MASALAH AKU SEBAB TAK NAK PERCAYA. nak je aku maki kau tapi takpe. kau marah orang lain maki-maki kau.kau tu pandang rupa+harta..HEEEEI XBLH BAWAK MATI LA BENDA TU SUME.kau dulu tu HENSEEEM SGTTT KE????? susah nk cakap dengan org yg lupa diri ni..tapi tu sume aku simpan.

pelik kau tk marah pulak aku bocorkan rahsia kau.sebab kau faham aku tengah marah kau and sakit hati dengan kau kan??? tapi kau hentam adik angkat aku plak.sebab ape??? die gemuk?? dulu kau cmne ehh??? kau tau x..adik angkat aku tu family berpengaruh.?? kau xtau kan??? sebab...kau pun BERPENGARUH JUGAK.kau berpengaruh sebab MOTOR RR kau...sebab GENGSTER POYO kau..aku ni tengok kan aje...hahahaha..adik angkat aku ni OWNER OTAI BURGER YG KAU SLLU MAKAN TU.ada kau pk x??? tak pun..

pas kau dah meroyan-royan 4-5pagi..last message kau da slowdown n mintak aku jaga diri..pemakanan..kesihatan.BULL SHIT.jangan nk hadap sangat macam kau kisah. KAU XPERNAH KISAH. dan untuk kau...AKU TAK HADAP PUN LAKI MACAM KAU.

SEKIAN.

*ehhh...xde la CALM mane pn..hahahaha

Sunday 20 May 2012

K.E.N.D.U.R.I

pernah terlintas tak korang akan balik kampung menaiki bas sedangkan boleh naik kereta bersama-sama family? huhu..aku dengan adik yang last ni kami kena balik naik bas sebab...masing-masing ade urusan..aku praktikal..adik aku ade kelas...

adik aku sekarang belajar kt MAS academy. so die balik kul 5..aku pulak praktikal..balik kul 5 jugak..die duduk kelana jaya..aku putrajaya..yeay2...2-2 hujung "ya"..haha..

so dipendekkan cerita..aku belilah tiket kul 12 tgh mlm.. sonang... aku gerak ke TBS (Terminal Bas Bersepadu Selatan..) member aku tolong hantarkan..thankss beb :)

sampai-sampai sane..adik aku ni tak sampai lagii..so aku lepak-lepak.. :D  dalam kul 9 tu...adik aku sampai..then kitorang makan..die nii 1 spesis manje..makan pun kene berteman...tp die kte die da biasekan diri makan sorang-sorang..hah~! bagus la der..aku ni da macam awek ko pulak haa..duk teman-teman bagai..

so..kul 12 naik bas...aku mampu tdo 2jam jee..huuuu..tekanan.sampai kul 4.50 pagi... huahuahua..awwwaaaall pagiii sangattt.tapi apakan daya...
sampai-sampai sane..rupa-rupanya da ramai da..ada dalam 8 keluarga..belah ayah aku ni memang kalau kenduri...huuuiii~ penuh 1 umah..nak tido pon kene booked tempat..kalau x.alamatnyee tidur celah-celah lautan manusia laa.haha..

yang seronok balik kampung belah ayah aku nii..ramai makcik-makcik aku...semua terer masak..sampai sudahnya aku xtahu nak buat apee...hahahaha.. kalau di tnya adik sedara dan anak buah?? huuuiii~ jangan la tanya..mana nak ingatt dowhh.hahaha... <---- tah ape-ape je perangai.. hahaha

dan..YANG PALING BEST..mak aku ade bawak kawan die..die DR.ROHAYA.. die ni perubatan islam..unik nye die..die boleh baca orang..dan...die dah bace akuu..kesemuaaa nya BETUL..hahaha... anyway..tq Dr. u read me well.bagus gak.at least aku boleh ubah perangai aku..hahaha..apa yang die bace aku?? biarlah rahsiaa.. :)


Friday 18 May 2012



motif sangat kan aku tetiba sukeee sangat lagu nii..hahahaha...damn..but..tahhh...aku tetiba je sukee :)
tadi lepak-lepak dengan member sepejabat..KPL...syahirah nama dia...legaaa rasanya da dapat luahkan isi hati yang terpendam nii..hahahahaha

ok..lepasni nk rajin-rajin luah kt blog laa... :)) sebab :
1. aku da tukar URL.
2. aku da tak percaya pada TWITTER dan FB...
3. aku tak mau cita pada SOCIAL NETWORK lagi... <--- tak mendatangkan apa-apa. serius.

nanti aku update lagi yee...banyak laa pulak keje...eh~! lupa nk gitau..aku sekarang praktikal kat TOURISM MALAYSIA PUTRAJAYA. yeay~! aku da dapat da tempat yang aku nakk.. 
cuma..lepasniii aku nk dapatkan kerjaya ..kukuhkan kewangan dan NAK ADA FAMILY AKU..ye.maknenye KAHWIN laa...hahaha...
ok-ok.nanti sambung lagi na..na..na.. <-- terikut-ikut budak-budak utara la ni habaq "na..na..naa"...