Sunday 30 October 2011

20 tips menjaga hati seorang wanita



1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

Thursday 27 October 2011

duduk antara 2 sujud



TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung2 kan, selamat beramal......

ciri-ciri orang yang benar-benar mencintaimu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

tersurat dan tersirat


Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan... ;))
Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Wednesday 26 October 2011

rahsia TAHI LALAT


andaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana

Sunday 23 October 2011

KARANGAN PMR YANG KELAKAR

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.


Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. 

Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. 


Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. 


Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati

macam-macam

macam-macam laa...

mula-mula... ( sabtu )

sampai 1jam awal...xtahu nk buat ape...so duduk sorang-sorang gi interview orang yang keje dalam market tu..pastu tak boleh blah...guard kt Giant tu sangat-sangat la buat aku rase macam nak menangis..1st day dah ada masalah teruk dengan guard...kerek gila...nak sound2 aku...spritzer pulak xgitau apa-apa...mmber kawan aku tu punye la sengal...1benda xtahu...ade masalah cikit je...."eeehhh camne ehhh"..hadoi...ko yang mintak tolong aku...ko menyusahkan aku...ko gk xtahu ape-ape....sabar je la...takpe...aku settlekan sendiri je.

tengah hari...tengking bangla belagak kt food court...sebab die bongek.aku order lain,die buat lain pastu die marah-marah aku..silap orang la.ko yang salah buat.dah la aku org 1st order..tapi orang terakhir dapat makan...xpasal-pasal aku sound je die.first time aku sound orang depan public.selama ni aku jaga image orang...tapi hari tu...pergi lantak la ko sape pun..starting of the day aku dah cam xbest...sape suruh kacau mood aku.

petang sampai malam...boring gile..tapi xpe la...sebbaik promoter-promoter sana ramah tamah...sekali,..ade 1 promoter ni kawan adik aku..syok la sembang...xde boring and moody tu bertukar jadi ceria la cikit...

nak balik pulak.....bas xde....down nye lahai..duduk sorang-sorang...kejap-kejap..ade indon2 datang kacau kata aku berlagak...ade bangla sound aku sombong...takot gak..tapi....tundukkan muka mengharap bas lalu je la..tapi sampai kul 10 xde gk...tiba-tiba..kawan adik datang...offer anta...mula-mula aku cam xnak la..sebab aku dah janji dengan bf xmau tumpang sape-sape...tapi...aku dah takot gile da...kaki time tu sakit sangat...last-last aku terima la...budak tu mmg anta aku kt bustop dpn blok tu je...*maafkan saya la awk...sy tumpang die...saya xde choice...nak call awak...minx tlg tapi awak cam xde mood nak layan saya...

( ahad )

keluar rumah pukul 10.45am...sampai Giant 12.30pm...menunggu bas macam C*&k*. siyes aku marah gila-gila sampai aku migrain..kawal marah..tapi xpe...jatuh terduduk biar la aku berdiri atas kaki sendiri...last-last...naik teksi...padahal...dalam purse ada rm15 je...huuiiii~ sabar je...sebbaik kene rm9...so ada baki rm6 tuk makan tengah hari..

sampai Giant...sebbaik guard kerek tu tak cari pasal...so mood aku ok sikit...aku masuk je kat staff entrance...trus cari booth and masuk market...malas nak pk ape da..penat sangat...nak breakfast pun xde duit..so pujuk diri untuk cool..

time rehat...budak-budak promoter teman aku minum n kitorang kongsi sikit-sikit makan...duit ada rm6 je...beli yang patut2 je la...huu...then...mmber dari unisel call nak datang...lepak2 jap ng die...pastu ak masuk kerja balik...thanks dtg jenguk aku...wlaupun sekejap...=) thankz ko bwk lak demam ko tu kan..haaiihh...hampir-hampir aku nk jangkit ng ko.sabar je laa...

malam......hmmm...sampai kul 11 aku tunggu bas..tunduk je tunggu bas...kang tengok-tengok orang carik pasal plak...alhamdulilah~Tuhan masih sayangkan aku...mmber adik aku ni ade je time aku duduk sorang-sorang...die kata die tengok je aku jalan kaki sorang-sorang..die ingat bas ada...then..die tengok aku sorang-sorang sampai pukul 11...then die datang...anta aku balik..padahal ramai je kawan-kawan aku area sana..tapi...*sebab janji...aku tak buat...tapi...akhirnya...sekali lagi aku terpaksa langgar janji sebab xde bas da time tu..susah nak kata...dia xnak layan aku lagi da...aku pulak berpegang pada janji...tapi...time tu xde sape da kat bustop tu...haaaiihhh....

then...aku gi rumah mek wat quiz online..k laa..dapat 3/5...dalam pukul 11.45 pm jalan kaki la balik rumah....perot xmakan gi...sampai umah...lepak-lepak jam dengan budak-budak rumah...then tdo...
rase bersalah la tak perpegang pada janji....pk la ape pun...i have to survive on my own...i hv no choice...

Friday 21 October 2011

BILA PEREMPUAN MENANGIS


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuanmenangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Tuesday 18 October 2011

6 perkara yang menjengkelkan dalam perhubungan


Membebel, membebel, membebel- Sekiranya anda membebel dalam masa yang singkat berkemungkinan ia akan memberikan keuntungan pada anda. Ianya sebagai peringatan untuk pasangan anda supaya lebih memahami apa yang anda mahukan dan cuba mengelakkan daripada membuat sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda membebel. Tetapi sekiranya anda membebel dari pagi ke malam tanpa henti, ianya hanya akan merunsingkan dan menimbulkan kitadakpuasan hati terhadap pasangan anda. Dan paling penting, ia amat menjengkelkan.
Suka mengkritik dan menyalahkan pasangan- Situasi ini amat meremehkan kerana seseorang yang telah berjanji untuk menghormati, mencintai dan menghargai diri kita telah menjatuhkan maruah dan semangat dengan kata-kata kritikan yang menyakitkan hati. Setiap kesalahan akan ditanggung oleh sebelah pihak sahaja dan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pasangan dan merasakan tiada makna untuk berkongsi hidup. Mereka pasti cenderung untuk merasakan lebih baik hidup sendiri daripada hanya terus dipersalahkan. Dan lebih memburukkan keadaan lagi adalah apabila timbulnya perasaan benci terhadap pasangan.
Bersikap pasif dan mendiamkan diri- Hubungan tidak memberi apa-apa makna sekiranya tiada komunikasi antara pasangan. Jangan sesekali mengambil keputusan untuk bersikap pasif atau mendiamkan diri hanya untuk mengelakkan pergaduhan. Ia sebenarnya tidak sesekali akan menyelesaikan sesuatu masalah tetapi akan mengeruhkan lagi perhubungan sahaja. Berdiam diri ketika pergaduhan kadang-kadang merupakan jalan terbaik didalam perhubungan tetapi ia tidaklah perlu untuk satu jangka masa yang panjang.
Hanya memikirkan logik sepanjang masa- Setiap yang bernama manusia mempunyai impian dan angan masing-masing. Dalam perhubungan ianya haruslah tidak untuk memikirkan logik setiap masa kerana ia akan membosankan hubungan tersebut. Sesekali cubalah untuk menyelami alam fantasi pasangan untuk membuatkan mereka rasa dihargai dan untuk menjaga perasaan mereka. Kadang-kadang kehidupan alam fantasi juga amat penting untuk menambahkan keyakinan dan memotivasikan seseorang.
Bergurau tidak kena pada masa dan tempat- Pasti anda memikirkan hanya untuk bergurau bukan? Tetapi ia haruslah kena pada masa dan tempatnya. Sekiranya pasangan anda sedang dalam keletihan dan anda pula sibuk untuk bergurau dengannya pada ketika itu, pasti ianya hanya akan menimbulkan kemarahan.  Lebih teruk lagi jika sekiranya pasangan anda sedang cuba untuk meluahkan isi hatinya tetapi anda menganggap ia hanya gurauan, dan tidak menghiraukan mengenai perasaannya, pasti akan memburukkan lagi hubungan. Keintiman hubungan juga akan menjadi semakin renggang.
Membuat keputusan yang memihak kepada diri sendiri- Perkongsian hidup melibatkan antara dua hati dan perasaan. Pastikan keputusan yang dibuat dapat mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menyinggung mana-mana perasaan. Perasaan antara pasangan adalah amat penting kerana ia secara tidak langsung akan mempengaruhi hubungan pasangan tersebut. Kehidupan pasangan yang terganggu perasaanya pasti tidak akan semesra dengan kehidupan pasangan yang merasakan mereka sama-sama diadili dengan baik.

Sunday 16 October 2011

tak manje nye lahaaiii

pernah jumpa anak kucing yang comel-comel tak suka dibelai?..haaa...umah aku ada...adik aku ni suka kucing...so die bela la sekor anak kucing ni...kucing betina k...aku yang nama kan dia NIKKI..sebab..die nakal+comel+xsuka dibelai...hahaha....

muka punya la comel gile...tapi kerja dia..melompat-lompat...heran pun ada...siapa yang jalan depan dia...dia datang dari arah belakang...pastu die terkam kaki...pastu die lompat and lari sorok...

puas la...kitorang tangkap die...belai-belai dia...tapi dia "meoww" n gigit-gigit tangan kita suh lepaskan dia...siap bunyi "grrr"...xsuka la tu..adik aku pun pelik...patut anak kucing manje..ni tak..lasak betol...

lebih kurang macam ni la rupa ank kucing aku..

Monday 10 October 2011

RAHSIA TULISAN..ssshhhh~

tetiba je malam ni nak kongsi rahsia tulisan...saje nak kongsi sebab..bagi saya...tulisan ni memang unik dan kreatif..dia menggambarkan diri si penulis tu sendiri..

haaa...tulisan korang macam mane? tulisan saya?? ( rahsiaaa..hehehehee) dah name pun RAHSIA TULISAN kan..kan...ahahaha

nak tahu apa makna tulisan-tulisan korang yang santek-santek tu meh la baca sama-sama... :



Tulisan berubah-ubah


Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. 

Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual.

Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. 

Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.



Kecondongan tulisan


Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.



Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!


Condong ke kiri -
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


Saiz tulisan
Besar



Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.


Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!


Bentuk tulisan
Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.


Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.


Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.


Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.


Bersambung
Pemikirannya berdasarkan logik.


Bercerai cerai
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


Jarak tulisan
Tulisan jauh
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.


Tulisan rapat
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


Ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :


Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.


Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!


Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Sunday 9 October 2011

mimpi lagi




dalam dua hari ni aku dapat alamat je dalam mimpi...
terima kasih ya Allah..Kau masih sayangkan Hamba-Mu yang khilaf ni...
Kau masih terima doa-doa ku walaupun Kau tahu kadangkala aku melupaimu...
aku bersyukur sangat-sangat...
Terima Kasih Ya Allah~...

mimpi dan maksud :

Bermimpi terbang dengan pesawat terbang. Artinya, akan mendapatkan undangan istimewa karena kelebihan yang kita miliki.

Friday 7 October 2011

sensitif tiba-tiba


tiba-tiba hati ni sensitif sangat-sangat...kenapa ni hati...
hmm...
asyik nak nangis je kenapa ni....
hmm..
sabar la hati...
kuat ye hati...

Wednesday 5 October 2011

MIMPI YANG STRESS

haiiihhh....
mimpi ape la aku malam tadi....siyes aku stress gila time tdo....tergnggu mood aku kejap..
aku mimpi..family aku nk jodohkan aku dengan sepupu aku sendiri...sebab diorang takot aku ni tak ada jodoh dengan siapa-siapa...mula-mula pihak lelaki datang umah aku..nk berbincang...aku memang xsuke gila dengan laki tu...muka dia aku nampak...tapi aku tak kenal pun.. (sepupu jarak jauh la kot)...
laki tu pun sebenarnye tak suka aku..ahahaha....dalam mimpi tu aku pakai comot-comot je kat rumah...tp..tiba2 lak...family belah laki tu mintak gi shopping sama-sama..so aku gi la...bawak mami..then...tiba-tiba muka laki tu berubah tgk aku bersiap-siap..die pandang aku...aku plak jeling n jelir lidah kat dia... (macam drama la plk)..
tengah shopping...tiba-tiba ujan ebat n banjir kilat..

*sampai tu je la mimpi aku...
soo ade 2in1...tunang+banjir kilat...


ni ade tfsir mimpi sedikit yang aku nak kongsi : 

Bermimpi melihat air mengalir.
Akan mendapatkan berita yang mengejutkan.
Bermimpi melihat banjir.
Akan mendapatkan rezeki yang tak terduga.

bermimpi melihat hantu : panjang umur.... 

Tuesday 4 October 2011

HMMM

bukan xfaham situasi..
bukan xfaham keadaan...
bukan suka-suka nak buat macam tu...
tapi...
kesabaran tu ada limit...
minta maaflah secara ikhlas dan bersungguh-sungguh..
bukan hanya minta orang memahami kita...
kita pun kena lah jaga tutur kata, tingkah laku dan jangan sampai orang yang kita sayang terasa hati..
manusia tak sempurna...
jika ada silap dan salah...
segera perbetulkan keadaan...
bukan membiarkan...



Monday 3 October 2011

G.I.G.I.H


Gigihnya aku menyiapkan ACADEMIC WRITTING ni....haiihhh....tak pernah rasa "rajin" macam ni..tapi rajin tu la mematangkan aku untuk berfikir...heee...yelah...sem last kan....pasni dah kerja...wuuu...kerja....
cakap pasal kerja...aku tak pilih lagi tempat untuk praktikal....
waaa..hold dulu laa.... (^__^)v

semua nak di hold kan...hasil academic writing ni pun tak tahu macam mane...esok da nak jumpa 'akak sayang'...hahaha....adeh2....
ok2....FOCUS~!