Sunday 20 March 2011

JOM KE BENDANG~

venue : sawah sempadan, tnajung karang, sg buloh, selangor..
date : 20 march 2011



bersama-sama anak2 di sawah sempadan...comel2 je dwg nii..







me and hazyyah ( focus point)..hahahaaa.... time ni tgh ade talk cikit2..

ade mcm 'ummi' x?...hahaha

saje posing cmnii...maigod..~
 hehehh....



ape2 pose pn bolehh....







nak tgk pic lagi....tgk la kt facebook saye...(^_^)...eiyra jahari...

Wednesday 16 March 2011

nama-nama bayi islam yang baik,buruk & lucu

Nama Yang Baik

Rasullullah s.a.w. menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik. Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para Sahabat seperti Mus’ab, Mu’az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para ‘ulama’ seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai’i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al ‘Izz, dan lain-lain. Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah ‘Abd. Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu’izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini. Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab. Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.
Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran. Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan. Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini. Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.

Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif. Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya. Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.
Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa. Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu . Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna ‘Manusia yang Bodoh’. Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.
Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya ‘Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa. Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya. Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud HambaNya.
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya. Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.
Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain. Rasulullah s.a.w. pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik. Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. mempunyai seorang anak perempuan namanya ‘Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah s.a.w. menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak. Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia. Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.

Monday 14 March 2011

...SIHIR PENGHALANG PERKAHWINAN..




Cara terjadi sihir ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang bersifat dengki yang datang kepada tukang sihir lalu meminta darinya supaya mengerjakan sihir untuk anak perempuan seseorang supaya tidak jadi nikah.Adapun tanda-tanda sihir ini diantaranya :-

-Kepala sentiasa pening dan tidak mahu berhenti walaupun telah diberi ubat oleh doktor.

-Merasa sesak nafas didada terutamanya setelah waktu asar hingga tengah malam.

-Melihat orang yang meminangnya bermuka buruk.

-Terlalu banyak berfikir yang bukan-bukan.

-Selalu gelisah didalam tidurnya.

-Kadangkala merasakan sakit didalam perut.

-Merasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.


Kaedah pengubatan sihir penghalang perkahwinan

-Bacakanlah ayat-ayat al quran sebagaimana yang dijelaskan diatas tadi kepada pesakit pada bahagian ubun-ubun.

-Jika tidak kerasukan jin,maka berilah ia amalan-amaln berikut :-

a)Sentiasa menjaga solat tepat pada waktunya.

b)Perdengarkan mp3 ruqyah syariah 3x sehari iaitu pada maghrib,isyak dan sebelum tidur.

c)Tidak mendengarkan lagu/muzik.

d)Berwuduk dan membaca ayat qursy 11x sebelum tidur.

e)Menghimpun kedua tapak tangan kemudian membaca surah 3qul 3x,selepas itu tahan nafas dan sapukan keseluruh badan (kecuali kemaluan) sebelum tidur.

f)Bacakanlah untuknya ayat-ayat al quran seperti fatehah 1x,al kafirun 3x,al ikhlas 3x,al falaq 3x dan an nas 3x kedalam air kemudian air itu diminum dan digunakan untuk mandi 3x sehari.

TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR...TERLAJAK KATA?....

Hmm....ni lah susahnya kalau selalu salah faham dengan pasangan...die ckp A kite faham B..mcm mane nii... seelok-2loknya kite dengar la penjelasan yang die nk bagitahu supaya salah faham tu boleh dileraikan dan tidak disalah ertikan...
begitu la yang berlaku kepada aku mlm semalam...
" saya mintak maaf sbb wat awak mcm tu..." tu je perkataan yang mampu aku ucapkan kpd si dia..
and ofcourse la...xkan la die nk diam cmtu je...kne la dgr ceramah free selama 2jam...(^_^)...
jika itu salah dariku...aku sedia mendengar bebelan dari sesiapa pun...haha..skema x ayat??
1pengajaran yang aku belajar semalam....jangan mudah melatah...matang bila nk buat sesuatu tundakan tu...jgn ikut sedap rase...

bak kate pepatah....
terlajak perahu boleh undur...terlajak kata..pandai-pandai lah setel yeee....(^_^)v...
sorry my dear...

Saturday 12 March 2011

:: kahwin oh kawin ::



Cerita ni aku dapat dari Blog org lain..



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah
kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada
kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok
majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok
kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan
lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi
contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok
kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya
lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling
kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat
pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi
mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula
senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la
hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu
apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai
orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap,
tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama,
masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh
dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh
najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak
boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul..nak2 bila
gajah makan durian.


Tuesday 8 March 2011

aku adalah aku..

aku xsecantik mcm org lain...aku xbersuara merdu...dan mmpunyai raut wajah yg cantik dan...
aku ad byk kekurangan...terasa rendah diri bila diri ni tanpa disedari dibezakan dgn org lain...
xtau la knp aku rase cmtu..
"kulit die cantik".."merdu nye suara die".."soft nye die"..."sedap suara die"..."lemah lmbut nye die"...

sikit pn aku xcemburu...aku akui...aku xde tu sume..aku sllu pesan kt diri sndri.."bersyukur laa"..
tu je aku mampu pujuk diri ni..
bia la d mata kasar org aku ni nmpk truk dan xde ciri2 sperti di atas..

kdg2 ak persoalkan knp tu sume xde kt aku...entah la...aku sedar aku sape...

aku ade sgt byk kekurangan...aku xsesempurna org...aku xde harta..rupa..
aku sgt simple dan xde yg menarik pn tntg aku...

emm...

Friday 4 March 2011

air yang tidak bercantum-kuasa Allah.mp4


subbahanallah~
cam xcaye je tgk benda nii....
besar Kuasa Allah swt...
kita manusia pun xtercapai akal nk pk bnde cmnii...
maigod~

kesian + kelakar

kesian gak mkcik ni...tp yg kelakar nye...die blh ingt setiap lirik lagu yg die nyanyi...haha...kalah den...kalah....

aduyaiii......

perut lapar....tp geng2 xbangun2 gi....aiyooo.....
sebbaik la aku ni tumpang rumah mmber....klu umah sndiri....aku dah masak....
tulaa...dwg ni kan....dah tau xbiase tdo lewat tp bgn awl...nk gk buat...
ni xsah klu pkul 5 ptg bgn...waa~!!!!
lapaarrr....
bangun la wahai kawan2 kuuuu~!! korang xlapar keeee...
haissshhhh~ T_T
<-- ni kwn2 rapat aku...kite "focus point" laa...
weeii~!!! bangun~!!!!