Tuesday 18 October 2011

6 perkara yang menjengkelkan dalam perhubungan


Membebel, membebel, membebel- Sekiranya anda membebel dalam masa yang singkat berkemungkinan ia akan memberikan keuntungan pada anda. Ianya sebagai peringatan untuk pasangan anda supaya lebih memahami apa yang anda mahukan dan cuba mengelakkan daripada membuat sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda membebel. Tetapi sekiranya anda membebel dari pagi ke malam tanpa henti, ianya hanya akan merunsingkan dan menimbulkan kitadakpuasan hati terhadap pasangan anda. Dan paling penting, ia amat menjengkelkan.
Suka mengkritik dan menyalahkan pasangan- Situasi ini amat meremehkan kerana seseorang yang telah berjanji untuk menghormati, mencintai dan menghargai diri kita telah menjatuhkan maruah dan semangat dengan kata-kata kritikan yang menyakitkan hati. Setiap kesalahan akan ditanggung oleh sebelah pihak sahaja dan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pasangan dan merasakan tiada makna untuk berkongsi hidup. Mereka pasti cenderung untuk merasakan lebih baik hidup sendiri daripada hanya terus dipersalahkan. Dan lebih memburukkan keadaan lagi adalah apabila timbulnya perasaan benci terhadap pasangan.
Bersikap pasif dan mendiamkan diri- Hubungan tidak memberi apa-apa makna sekiranya tiada komunikasi antara pasangan. Jangan sesekali mengambil keputusan untuk bersikap pasif atau mendiamkan diri hanya untuk mengelakkan pergaduhan. Ia sebenarnya tidak sesekali akan menyelesaikan sesuatu masalah tetapi akan mengeruhkan lagi perhubungan sahaja. Berdiam diri ketika pergaduhan kadang-kadang merupakan jalan terbaik didalam perhubungan tetapi ia tidaklah perlu untuk satu jangka masa yang panjang.
Hanya memikirkan logik sepanjang masa- Setiap yang bernama manusia mempunyai impian dan angan masing-masing. Dalam perhubungan ianya haruslah tidak untuk memikirkan logik setiap masa kerana ia akan membosankan hubungan tersebut. Sesekali cubalah untuk menyelami alam fantasi pasangan untuk membuatkan mereka rasa dihargai dan untuk menjaga perasaan mereka. Kadang-kadang kehidupan alam fantasi juga amat penting untuk menambahkan keyakinan dan memotivasikan seseorang.
Bergurau tidak kena pada masa dan tempat- Pasti anda memikirkan hanya untuk bergurau bukan? Tetapi ia haruslah kena pada masa dan tempatnya. Sekiranya pasangan anda sedang dalam keletihan dan anda pula sibuk untuk bergurau dengannya pada ketika itu, pasti ianya hanya akan menimbulkan kemarahan.  Lebih teruk lagi jika sekiranya pasangan anda sedang cuba untuk meluahkan isi hatinya tetapi anda menganggap ia hanya gurauan, dan tidak menghiraukan mengenai perasaannya, pasti akan memburukkan lagi hubungan. Keintiman hubungan juga akan menjadi semakin renggang.
Membuat keputusan yang memihak kepada diri sendiri- Perkongsian hidup melibatkan antara dua hati dan perasaan. Pastikan keputusan yang dibuat dapat mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Ini adalah untuk mengelakkan daripada menyinggung mana-mana perasaan. Perasaan antara pasangan adalah amat penting kerana ia secara tidak langsung akan mempengaruhi hubungan pasangan tersebut. Kehidupan pasangan yang terganggu perasaanya pasti tidak akan semesra dengan kehidupan pasangan yang merasakan mereka sama-sama diadili dengan baik.

No comments:

Post a Comment