Thursday 28 July 2011

Kelebihan "Hand Sanitizer"

saja nak kongsi kelebihan dan kegunaan "hand sanitizer"..walaupun anmpak remeh...tapi ia sangat penting tau...especially kepada sesiapa yang sering berhadapan or kawasan persekitaran mahupun tempat kerja beliau kotor dan berhabuk... sebagai contoh.. "Hand Sanitizer" digunakan untuk mengelakkan bakteria atau kuman melekat pada permukaan tangan anda.

"Hand Sanitizer" merupakan satu produk untuk kegunaan membersih tangan tanpa penggunaan air yang perlu disembur pada tapak tangan dan ianya mampu membasmi 99.99% micro-organism termasuk virus H1N1 dan lain-lain.

Kebiasaannya "Hand Sanitizer" digunakan di semua hospital di Malaysia dan kini anda boleh dapati dimana-mana kedai atau pasaraya yang direka khas bagi memudahkan ianya dibawa kemana sahaj dan hanya semudah meletakkan pen dipoket baju anda serta ia sentiasa dapat memastikan tangan anda berada ditahap yang bersih pada setiap masa.

Kini terdapat pelbagai jenis jenama yang berada dipasaran. Contoh jenama yang terkenal adalah Dettol. Bukan nak promosi jenama Dettol sebenarnya, tapi anda mudah dapati dimana-mana sahaja. "Hand Sanitizer" juga boleh digunakan untuk haiwan anda. Terlebih dahulu anda perlulah menyapu "Hand Sanitizer" dipermukaan tapak tangan sebelum melakukan kerja-kerja lain. 

INGAT. Anda juga perlu juga melindungi diri anda daripada gelaja bakteria dan kuman.

Kelebihan "Hand Sanitizer" untuk Sicomel anda:
1- Memberi perlindungan segera dengan membunuh 99.99% virus, bakteria dan kuman.
2- Melindugi kesayangan anda daripada jangkitan kuman.
3- Mengurangkan infestasi lalat & kerengsaan (irritation).
4- Kurang tertekan dan sihat.
5- Pencuci antibakteria.
    - direka khas untuk kuman yang menyebabkan bau dan bakteria.
6- Bertindak dengan cepat dan mudah.
7- Mudah sebagai pencuci tangan tanpa air.
8- Diperkaya dengan pelempab untuk memastikan tangan sentiasa lembut.
9- Keselamatan dari segi alergi, dematologi di uji.
10- Bukan toksik kepada haiwan, tumbuhan & manusia.
11- Mewujudkan persekitaran sihat dan selamat untuk Kesayangan, peliharaan dan pengendali haiwan.

No comments:

Post a Comment