Tuesday, 14 June 2011

website free downloader bakal disekat...




  • warez-bb.org

  • thepiratebay.org

  • movie2k.to

  • megavideo.com

  • putlocker.com

  • depositfiles.com

  • duckload.com

  • fileserve.com

  • filestube.com

  • megaupload.com


  • p/s : adeeeehhh ssh la gini.... :( sume nk sekat...macam ni ape gune ade internet? 

    Hadiah Yang Selalu Perempuan Impikan Daripada Lelaki

    memandangkan birthday aku semakin hampir...so aku nk share la sikit...hehehehee..



    Selalu kalau dah tiba harijadi 'si dia', mesti kaum lelaki ni akan gelabah dan persoalan macam ni selalu akan bermain kat minda. 'Nak bagi apa? Bagi ni ok tak?' Dan macam-macam lagi soalan yang kadang-kadang bagi lelaki ni remeh temeh je. Tapi apabila dah mula berpunya, mulalah pening lalat. Sampai ke dalam internet dicarinya. Itu pasallah kau boleh baca entri aku ni. Hehe....Tapi tak apa, buat apa nak gelabah-gelabah, lelaki sejati kena cool je. Bagi apa-apa pun perempuan tak kisah, asal ikhlas. Tapi ada benda yang selalu perempuan nak sangat daripada lelaki. Nak tau apa? Ini dia....

    ********************

    CINCIN/ RANTAI
    Kebanyakan perempuan memang mengharapkan kaum laki ni bagi ni. Sebab apa? Sebab benda ni bawa maksud yang mendalam apabila diberi pada dia. Tapi sebab itu jugaklah kalau boleh cuba elakkan daripada bagi cincin/ rantai ini kerana sesetengah perempuan akan mengganggap kau memberi harapan tinggi kat dia yang kau akan peristerikan dia. Kalau jadi tak apalah, kalau tak jadi? Menghancurkan harapan tu tak elok der apatah lagi bila kau bagi harapan setinggi gunung everest. Jadi, kalau boleh cuba elakkan. Bagi waktu hari pertunangan/ pernikahan kan lebih bermakna. 



    ANAK PATUNG
    Anak patung bukan sebarang anak patung, anak kepada bapak patung punya. Perempuan ni walaupun dalam kelembutan, masih ada ganasnya. Kalau tak percaya cuba bagi anak patung yang bersaiz besar atau bapak besar. Mesti bila dah dapat tu, mula-mula dia akan peluk. Lepas tu peluk kuat lagi, kuat lagi, kuat lagi dan akhirnya segala skill wrestling dia bantai kat anak patung tu. Lagipun kalau diorang tak dapat peluk pakwe diorang, dapat tidor peluk teddy bear pun jadilah...Tapi pastikan tanya dulu suka teddy bear saiz macam mana. Sekali dah beli tak suka pulak sebab dia takut besar sangat nanti hidup. Dan jangan pulak kau tanya tu nampak sangat nak belikan, tak supriselah gitu (jangan beli patung kobau pendek).



    GURL STUFF'S
    Yang ni termasuklah dalam kategori pakaian, kasut ataupun dalam bahasa pendeknye, sesuatu yang dia harap dapat ada. Kiranya korang jadi pari-pari yang menunaikan hasrat dialah gitu. Dan benda biasa yang dia harapkan tak lain ialah handbag atau kasut. Jangan terkejut kalau barang yang diidamkan tu berharga seperti seekor kambing sebab dah nama pun diidamkan. Kalau setakat murah-murah tu baik dia beli dekat pasar malam je ye tak? Jadi, pastikan poket tu ada duit yang berlebihan tak tahu nak buat apa, selalu sepah-sepah duit tu baru beli benda ni. Tak digalakkan bagi yang menggunakan barang ni untuk mengurat. Sebab kalau tak dapat dia, nanti mulalah mengungkit.



    MASAKAN
    Benda yang bagi biasa bagi lelaki tetapi luar biasa bagi kaum hawa. Tak payah nak habiskan beratus-ratus ringgit semata-mata nak bagi dia happy. Masak je nasi goreng ataupun kalau nak grand sikit masak beef stick lepas tu buat candlelight dinner. Pergh... Mesti dia cair...Tak caya cubalah. Mesti dia terliur nak rasa. Tak sedap tak apa, yang penting sendiri buat.





    HANDMADE
    Sama jugak seperti kat atas, tapi yang ini lebih kepada kraftangan. Buatlah benda-benda yang simple je. Contohnya? Korang beli satu botol, lepas tu buat star yang mana setiap satu star dalam tu ada tulis 'I LOVE YOU" atau apa-apa perkataan yang romantik. Jangan pulak korang tulis benda yang merepek. Romantik sikitlah bro~~~Lepas tu nanti kalau bosan-bosan atau sedih mesti dia akan bukak botol tu kira berapa banyak starlah, baca balik apa yang korang tulislah...Betoi....Tak tipu...






    PERHATIAN
    Akhir sekali, yang paling mudah tak perlu keluarkan duit langsung ialah perhatian korang terhadap dia. Macam mana kau selalu hargai dia, setia pada dia, ambil perhatian bila dia cakap dan ambil berat pasal dia dah cukup. Tak guna kalau couple tapi dia je yang syok sendiri. Apabila dia call, korang boleh tak angkat handset yang kat sebelah je sebab dah leka dengan dota. Lupakan sekejap dota tu der, kalau rasa awek korang tu mengganggu, maksudnya korang belum bersedia nak bercinta ni okhey? :)

    ********************

    Kesimpulannya, tak perlu beli benda mahal-mahal. Perempuan sebenarnya suka pemberian ikhlas daripada seorang lelaki yang dicintai. Beli benda-benda yang selalu dia guna pun dah orait...


    P/s: Betul ke apa yang aku fikir ni? Ke korang(ladies) ada nak tambah apa-apa? Barang atau pendapat?


    Read more: Akal VS Emosi: Hadiah Yang Selalu Perempuan Impikan Daripada Lelaki 

    benda-benda yang pelik dan tak masuk akal

     haaaahhh....ok gk wat kete aku cmni nanti..comel...
    ni ape hal pulak?? 
     klu aku kawin...mau ttup mata aku klu gini la bulu mata palsunyaa...
     style la bag ni...sape design?? aku nk belii~!!
     eeee~!!! ape punye design~!!
     agak2 klu aku kua bawak beg ni ade perogol ikut x?? muahahaha
    kesian la pempuan nii....

    Sunday, 12 June 2011

    Otak Lelaki...ape sebenarnya diorang ni pk ek???


    Tak akan sama dengan otak wanita,kenapa?sebab lelaki nie makhluk yang pelik,bila korang merajuk diorang nampak korang "cute la bila merajuk" padahal korang rasa macam nak sumbat wedges(aku baru taw wedges tu apa,mati2 aku ingat kentang KFC) dalam mulut si lelaki.
    Walaupun korang rasa dia tak amik kisah,tapi dia cemburu wooo,siap silap2 dia buat meeting dengan kawan-kawan jantan korang bagi warning jangan kacau korang,tapi semua tu dia tak tunjuk sebab perasan diri cool.
    Sekarang nie,peranan korang,sebagai wanita pulak untuk faham isi hati seorang lelaki yang keras kepala/lembut/sensitive/ dan yang anginnya pasang surut(bukan penyakit pasang surut,mintak simpang,nak anak kembar nie.hahahah)

    SUAMI / TEMAN LELAKI

    1. SIBUK
    Bila dia sibuk , JANGAN merengek2 minta dilayan...seboleh-bolehnya , JANGAN GANGGU waktu kerja nya...Mereka ada tanggungjawab..mereka perlu FOKUS...Its not that he's there for you 24 hours.Tapi bila dia cakap dia nak tengok muka korang,sebab rindu,layan,jangan cakap malas nak jumpa,kang dia fedup,baru tergedik-gedik cakap nak jumpa.



    2. EGO
    Ok..most of guys,,memang dorang ego dalam sesetengah perkara. tapi bila korang sedar yg dorang tengah ego, JANGAN MEMPERSOALKAN keegoannya sebab lelaki susah utk mengaku yg dia ego. Usually, dorang cakap " tu bukan ego, tu tegas "

    3. ROMANTIK
    Aww..sapa yg tak suka lelaki romantik ? tak normal lah wanita itu bila tak suka lelaki romantik..hehehe..bila dia romantik, be there for him..if dekat, ajaklah dia pegi pantai..bercerita tentang masa depan..cewahh..bila berjauhan, call him and say that U MISS HIM :)
    lelaki akan berasa lebih dihargai.Tak salah kalau perempuan yang bagi cokelat sekali sekala dekat lelaki or masakkan makanan untuk dia,jangan harapkan yang datang itu hanya dari lelaki.

    4. PANAS BARAN
    This one is danger..huhu..bila seseorang itu panas baran..jangan buang air liur untuk bertekak dengan dia..sebaliknya..save air liur anda dengan berdiam diri..
    " jangan campur minyak dengan api"
    faham kan..jadilah air yang menyejukkan hati orang,korang lawan pun comfirm tak kan menang,silap2 tanpa dia sedar tangan naik dekat pipi,ingat,marah tu sifat syaitan,lagi dia suka kalau korang bergaduh.

    5. PENAT
    For those yang bergelar isteri..bila suami penat..rajin2kan tangan utk urut badan suami..let him relax..jangan pulak bila dia penat balik kerja..korang membebel,jangan pulak sambil mengurut tu korang membebel sekali.
    " Abg, bil rumah kita tak bayar lagi"
    " Abg, tadi jiran sebelah buat gate baru"
    "Abg, malam ni kita makan luar keyh,,malas nak masak"
    yang tak kawin lagi jangan gedik pulak nak mengurut,hahaha

    6. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
    Lelaki pentingkan diri sendiri bersebab,sebab utama ialah bila dia rasa tercabar dan dia rasa tak selamat dengan persekitaran,pernah dengar phrase "man on your own",memang kita harus ada sifat pentingkan diri sendiri sebelum orang lain,nak tahu kenapa?ok amik nie,kenapa dalam flight,if korang biasa naik,akan ada satu manual keselamatan yang berbunyi :
    "Bila mask oxygen keluar,sila pakaikan untuk diri anda dulu sebelum pakaikan untuk bayi anda"
    Lebih kurang macam tu,dengar macam gila selfish,kenapa tak nak pakaikan dekat bayi dulu?kan budak kecik tu,cuba fikir,kalau korang bagi pakai dekat bayi and at the same time korang yang lemas takde oxygen,then who gonna save the baby later?Sebab tu manual suruh kita pentingkan diri,selamatkan diri kita untuk selamatkan orang lain.

    7. MENGONGKONG

    " yang, abg tak nak sayang buat macam ni"
    "yang, jangan keluar rumah hari ni "


    OH NO...itu mengongkong namanya.
    apa nak buat , same as above..berterus-terang lah yg dia sedang over-react.
    Everything should be fine if kita luahkan apa yg terpendam dengan berhemah.
    Ingat,ada sebab dia tak bagi korang buat macam tu,jangan la sampai nak keluar rumah pergi kedai pun dia tak bagi,be rasional kenapa dia tak bagi dan jangan ingat semua tu over-react,its not over react,its just being protective,tapi kadang-kadang tak kena gaya caranya.
    8. BERSIKAP SELAMBA
    Tarik perhatian,ada sebab kenapa dia bersikap macam tu,maybe dah bosan tengok korang tiap-tiap malam tempek bedak sejuk banyak-banyak,cun lagi hantu kak limah balik rumah,pastu tiap-tiap hari berkembam dengan kain batik hadiah perkahwinan 15 tahun lepas,cuba sekali sekala pergi shopping beli lingerine ke,jaket kulit ketat ke(pakai dalam rumah jangan pakai dekat luar,nanti ramai yang ikut balik),hahaha.

    9. CURANG
    Bersebab,why?cuba tanya dengan dia,kalau dia kata "I dah bosan dengan you" then korang jawab "Alhamdulillah,nasib u cakap,i memang lama nak cakap macam tu jugak,tapi takut u menangis macam perempuan nanti",angkat kaki,dan blah..tengok sapa yang nak kejar sapa nanti..hahaha

    10. LURUS BENDUL/TAK KISAH
    Ramai lelaki yang lurus bendul ataupun jenis yang fikir satu-satu benda at the same time,jangan pulak korang rasa benda nie satu perkara yang.
    "Ini boleh bikin gua marah nie!aku cakap MACARON MACARON MACARON!bukan MACARONI!"(ini pun aku baru taw macaron tu bukan macaroni,nasib la aku aku tak kata tu sejenis tudung).
    Explain to them dan terangkan,sebab kadang-kadang korang pun tak perasan yang korang punya lurus bendul lagi menyakitkan,tapi relax jer dia layan.
    So jangan ingat lelaki ni susah untuk dibaca,senang dan mudah,hanya tanya dan korang dah tahu apa yg dia mahu,beza otak lelaki dan perempuan,perempuan 9 nafsu dan 1 akal tetapi lelaki 1 nafsu 9 akal.
    Banyak akai(nakal) tapi tetap sayang pada yang satu..

    Kalau rasa nak faham otak lelaki dan wanita,luangkan 10 minit untuk 10 tahun korang nanti.

    10 Perkara Yang Bf/Suami Susah Nak Buat




    Unless laki tu adalah lelaki yang benar-benar sayang korang dan boleh menjaga korang hingga ke akhir hayat.Ini apa yang dia patut lakukan if dia hargai seseorang,and vice versa aku rasa perempuan jugak harus buat macam nie,jangan nak harapkan lelaki sangat untuk romantik,lelaki bukan alat dan tools yang kerjanya kejar korang dan tawan hati korang.

    1.Selalu berkata benar walaupun pahit gila

    -Ini aku rasa agak susah bagi setiap lelaki,bukan takut untuk berkata benar,tapi masalahnya bila si perempuan kaki merajuk,asal lambat balas mesej sikit nak merajuk,asal lambat balik kerja sikit nak merajuk,bila perempuan tanya kepada si lelaki,lelaki akan jadi serba salah untuk berkata benar,nak kata lepak dengan kawan-kawan takut si perempuan merajuk,jadi terpaksa lah menipu cakap tadi dekat ofis bos buat meeting,kalau kroang nak lelaki bercakap benar,perempuan,tolong jangan ikut sangat perasaan merajuk emosi tak tentu pasal,give them some space,baru lah nak cakap apa pun tak takut.
    2.Selalu mencari masa untuk bersama dengan korang

    -Tak kira lah sibuk macamana pun pasti dia akan cuba message or call just to say hi atau bertanya "dah makan ke?" dan untuk kaum perempuan,dont ever try to make them to blend out their job and u,give them the space they need untuk kerja dan korang,jangan sampai nanti bila asyik nak sms,call,sampai kerja tergendala,balik rumah sampai bawak balik dengan kerja-kerja sekali.

    3.Bagi Kejutan

    -Tak tunggu untuk special day ataupun special occasion untuk bagi hadiah,tak kiralah walaupun hadiah tu dalam bentuk Tom Cat Menyanyi dan send dalam utube,walaupun dia menyanyi lagu Siti Nurhaliza sekalipun,appreciate them,jangan cuba untuk condemn usaha yang diorang buat,bukan senang lelaki nak buat macam tu,bila korang condemn,its like korang cuba jatuhkan ego dia.

    4.Lelaki Yang Peka

    -Bukan pekak dan buta tuli,lelaki yang mampu mengesan sebarang perubahan yang berlaku,korang cuba buat something new dengan pakai cekak di dahi,dan dia akan tegur "Kenapa Ayang nampak huduh harini" mean dia peka dengan perubahan korang,lelaki macam nie susah nak dapat,ingat sebarang teguran itu adalah ikhlas.

    5.Tak Pernah Buat Perbandingan

    -Antara korang dan wanita yang lain,walaupun kadang-kadang korang selalu cakap "wah hensemnya tubelawak","wah hensemnya Adi Putra" "Wah cute nya Justin Bieber".Dia akan tersenyum dan dalam hati dia akan sedikit terluka sebab korang dah buat perbandingan dia dan orang lain,tapi bagi si lelaki,dia tak pernah nak puji mana-mana artis ataupun blogger perempuan yang lain sebab bagi dia korang adalah yang tercantik dalam hidup dia,kalau dia tak pernah puji korang sekalipun,bersyukurla sebab atleast dia tak pernah cakap wanita lain cantik dari korang.

    6.Hormat

    -Lelaki yang hormat korang in every aspect,when u say something or when u think something,he will respects you,lelaki yang hormat bila korang perlukan space dan masa dan lelaki yang tak pernah cuba cabul kehormatan korang(hahahha ada ka?),ingat respect is not by gain,u earn it,so kalau nak lelaki respect korang,please do respect him too.

    7.Selalu Mencabar Korang

    -Mencabar korang untuk menjadi seorang yang better and the best,bukan bila dia dapat korang dia cakap "U dah terbaik bagi I,U tak perlu ubah apa-apa pun" its a NO!Lelaki yang berkarisma tinggi akan sentiasa cuba untuk memperbaiki korang,sedangkan Nabi pun nak kita jadi yang terbaik dari semalam,tak kan nak biarkan korang still sama sebab dah rasa diri korang terbaik?Lelaki yang hebat adalah lelaki yang selalu mencabar korang untuk jadi yang terbaik,of course in a good way la,bukannya 

    "WEI SENAH!AKU CABAR KAU KOKAK KELAPA NIE DENGAN GIGI KAU!ADA BRAN??"

    Itu Bf/Suami bodoh,kahwin dengan monyet lagi bagus.

    8.Yang Memaksa Diri

    -Untuk tidur di stesen petronas,kedai mamak 24jam, semata-mata perjalanan untuk jumpa korang jauh,yang tak pernah cuba mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan korang ataupun bawa korang pergi honeymoon dengan anak-anak.Walaupun korang rasa mual dan muak sebab hari-hari tengok muka lelaki yang tak pernah putus asa dan positif dia buat korang rasa nak ketuk,hargai diorang,sebab bila dia tiada,korang akan kehilangan 'dunia' korang and it cannot be replace.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk korang selagi ada masa dan waktu berasama.


    9.Yang Tak Kenal Erti Mengalah

    -Walaupun korang tension study or kerja,tapi dia tak pernah cuba untuk lepas tangan dengan tidak berada disisi korang,even usaha dia mungkin nampak macam bodoh tak kena tempat contoh dia keluar beli KFC ataupun Nasi Ayam Penyet sebab nak cuba ceriakan hati korang,Appreciate them.Mungkin bagi dia itu cara dia untuk cuba tenangkan hati korang.


    10.Yang Mendoakan

    -Korang dan Kesejahteraan Keluarga korang lebih dari diri dia sendiri,dan sentiasa teman korang setiap malam ,even untuk ucap sweetdream,selamat malam atau bacakan korang doa tido.

    pengkid dan gegirl

    ade staff couple ng pengkid....alaaahhaaiiii..swee
    eet gile lak dwg tuh...(^__^) pengkid tu plk "gentleman" sgt2...huuhuu...happy tgk dwg..(jeles pn ade...)
    mule2 aku xtahu lak die staff tu couple ng pengkid...sbb die comel sangat..suwitt sangat..soft sgt..keje rajin..sume la kt die...huhu...1day..ade "boy" cari die...aku ingatkan cari sape..rupe2nye cari staff tu...aku cam terdiam...tak terkata sebab selama ni aku ingatkan...staff ni perfect...kje n life ok...tp aku lupe....mn ade bende perfect dalam dunia nii...
    di pendekan cerita...pengkid ni ade gk la tetanye nama aku..asal mana...sume2la....yang staff ni cam jeles2 jeling2 la...last2 baru aku tahu diorang couple....
    adeeeehhhh....girl....ko dah comey...pndai kje..kesayangan boss...gaji pun blh thn..tapi...pengkid ko pilih?? huuu...

    tapi kan...pengkid tu baik la plk...aku plk yg terpikat jap tengok...hahahaha....( gile dah aku nii...)
    bkn ape."gentleman" die...lelaki sejati pun kalah weeiii~!!!....cmne tuuu??? sape nk terangkan???

    hahahaha....ni aku ade share pic pengkid n gegirl..tp ni bkn picture sebenar dwg...sbb kje aku xley pegang hp... :(

    (bkan picture sebenar...tp lebih kurang begini la mesranya puunn)....

    Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia. 

    Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

    Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal. 

    Saturday, 11 June 2011

    gegirl yang mengarut..

    entah hape-hape la minah zaman sekarang....yang mudah touching tu 1 hal...yang cmburu BUTA 1hal...yang kuat beleter 1hal...tapi yang aku nk cerita ni YANG CEMBURU BUTA...( cocok mata jadi kasim selamat kang baru tahu~!) 

    al-kisah die cmni....aku keje sebagai sales assistant di butik pakaian EASTWEAR.. kedai tu semua nya baju-baju perempuan..dan staff2 die semua perempuan...ade 1 gegirl ni masuk n main petik je bju2 yang dia nak... aku budget dlm hati..." mesti kaya perempuan ni...pilih tanpa test or tengok harga..."

    then pilih punyer pilih....time nk byr tu die ckp cmni " alaa....xckup rm100..nk genapkan jugak..jap"... aku pun tersenyum lebar la menanti cllosing SALES aku malam ni..then...tgh pilih2 die kol orang...bf die la kot...then..ade satu lelaki masuk dalam kedai n datang kt die...die bisik2 kt lelaki tu pasal baju...laki tu layan je la..buah hati katakan...(bf aku pun xpernah layan aku camtu....xpernah gi beli baju ng die pun..huhu....sedey plk...)

    kali ni aku bawak baju2 ke counter...kt kaunter...bf die dtg kt aku nk tnya 
    " awak...berapa baju die amik?
    aku jwp "4baju...2tights...1dress biase...1 cardigan..."
    laki ( muke terkejut) 
    "oo...berapa semua ni? tp jgn punch dulu..nk tahu je"..
    aku pun kira...then gtau harga die rm89.50...
    "hah~!! ape yang mahal sangat?"
    aku pun jwp " sume new arrival kecuali cardigan..."
    tiba2 laki ni terkejut n jerit cam sawan pun ade kt gegirl tu.. " woooiii~! dah2~! aku suh pilih 2 bju je~!! ni dah 4~!! cukup2~!!"

    gegirl ni dtg hentak2 kaki smbil ckp " u kata blh amik manyak2.." muke mencebek..
    laki tu wat xtahu n tnye aku harga smbil hulur duit...
    tiba2..gegril tu "ooo,...u ngurat2 cashier ni depan i ea...gatal eaa..." sambil cubit2 laki tu...
    laki tu lak " isshhh mn ade...i tgh nk bayar ni..sabar laa..."

    so...aku bg balance n senyum la kt gegirl loghat kek wat tu...die boleh jeling aku sambil kepit tgn laki die...

    adeeehhhh~!! dey tambi~!!! ko simpan bf ko dalam laci laaaa~!!!