Sunday, 16 October 2011

tak manje nye lahaaiii

pernah jumpa anak kucing yang comel-comel tak suka dibelai?..haaa...umah aku ada...adik aku ni suka kucing...so die bela la sekor anak kucing ni...kucing betina k...aku yang nama kan dia NIKKI..sebab..die nakal+comel+xsuka dibelai...hahaha....

muka punya la comel gile...tapi kerja dia..melompat-lompat...heran pun ada...siapa yang jalan depan dia...dia datang dari arah belakang...pastu die terkam kaki...pastu die lompat and lari sorok...

puas la...kitorang tangkap die...belai-belai dia...tapi dia "meoww" n gigit-gigit tangan kita suh lepaskan dia...siap bunyi "grrr"...xsuka la tu..adik aku pun pelik...patut anak kucing manje..ni tak..lasak betol...

lebih kurang macam ni la rupa ank kucing aku..

Monday, 10 October 2011

RAHSIA TULISAN..ssshhhh~

tetiba je malam ni nak kongsi rahsia tulisan...saje nak kongsi sebab..bagi saya...tulisan ni memang unik dan kreatif..dia menggambarkan diri si penulis tu sendiri..

haaa...tulisan korang macam mane? tulisan saya?? ( rahsiaaa..hehehehee) dah name pun RAHSIA TULISAN kan..kan...ahahaha

nak tahu apa makna tulisan-tulisan korang yang santek-santek tu meh la baca sama-sama... :



Tulisan berubah-ubah


Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. 

Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual.

Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. 

Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.



Kecondongan tulisan


Tegak – Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.



Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!


Condong ke kiri -
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


Saiz tulisan
Besar



Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.


Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.


Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!


Bentuk tulisan
Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.


Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.


Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.


Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.


Bersambung
Pemikirannya berdasarkan logik.


Bercerai cerai
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!


Jarak tulisan
Tulisan jauh
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.


Tulisan rapat
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.


Ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :


Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.


Ruang muka surat sebelah kiri kecil – Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!


Ruang muka surat kanan kecil – Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.


Penuh satu muka surat – Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Sunday, 9 October 2011

mimpi lagi




dalam dua hari ni aku dapat alamat je dalam mimpi...
terima kasih ya Allah..Kau masih sayangkan Hamba-Mu yang khilaf ni...
Kau masih terima doa-doa ku walaupun Kau tahu kadangkala aku melupaimu...
aku bersyukur sangat-sangat...
Terima Kasih Ya Allah~...

mimpi dan maksud :

Bermimpi terbang dengan pesawat terbang. Artinya, akan mendapatkan undangan istimewa karena kelebihan yang kita miliki.

Friday, 7 October 2011

sensitif tiba-tiba


tiba-tiba hati ni sensitif sangat-sangat...kenapa ni hati...
hmm...
asyik nak nangis je kenapa ni....
hmm..
sabar la hati...
kuat ye hati...

Wednesday, 5 October 2011

MIMPI YANG STRESS

haiiihhh....
mimpi ape la aku malam tadi....siyes aku stress gila time tdo....tergnggu mood aku kejap..
aku mimpi..family aku nk jodohkan aku dengan sepupu aku sendiri...sebab diorang takot aku ni tak ada jodoh dengan siapa-siapa...mula-mula pihak lelaki datang umah aku..nk berbincang...aku memang xsuke gila dengan laki tu...muka dia aku nampak...tapi aku tak kenal pun.. (sepupu jarak jauh la kot)...
laki tu pun sebenarnye tak suka aku..ahahaha....dalam mimpi tu aku pakai comot-comot je kat rumah...tp..tiba2 lak...family belah laki tu mintak gi shopping sama-sama..so aku gi la...bawak mami..then...tiba-tiba muka laki tu berubah tgk aku bersiap-siap..die pandang aku...aku plak jeling n jelir lidah kat dia... (macam drama la plk)..
tengah shopping...tiba-tiba ujan ebat n banjir kilat..

*sampai tu je la mimpi aku...
soo ade 2in1...tunang+banjir kilat...


ni ade tfsir mimpi sedikit yang aku nak kongsi : 

Bermimpi melihat air mengalir.
Akan mendapatkan berita yang mengejutkan.
Bermimpi melihat banjir.
Akan mendapatkan rezeki yang tak terduga.

bermimpi melihat hantu : panjang umur.... 

Tuesday, 4 October 2011

HMMM

bukan xfaham situasi..
bukan xfaham keadaan...
bukan suka-suka nak buat macam tu...
tapi...
kesabaran tu ada limit...
minta maaflah secara ikhlas dan bersungguh-sungguh..
bukan hanya minta orang memahami kita...
kita pun kena lah jaga tutur kata, tingkah laku dan jangan sampai orang yang kita sayang terasa hati..
manusia tak sempurna...
jika ada silap dan salah...
segera perbetulkan keadaan...
bukan membiarkan...



Monday, 3 October 2011

G.I.G.I.H


Gigihnya aku menyiapkan ACADEMIC WRITTING ni....haiihhh....tak pernah rasa "rajin" macam ni..tapi rajin tu la mematangkan aku untuk berfikir...heee...yelah...sem last kan....pasni dah kerja...wuuu...kerja....
cakap pasal kerja...aku tak pilih lagi tempat untuk praktikal....
waaa..hold dulu laa.... (^__^)v

semua nak di hold kan...hasil academic writing ni pun tak tahu macam mane...esok da nak jumpa 'akak sayang'...hahaha....adeh2....
ok2....FOCUS~!