Monday 19 September 2011

tips pujuk perempuan

saje singgah blog n terjumpe yang niii..

KENAPA PREMPUAN MERAJUK :


1. Nak perhatian lelaki lebih kepadanya, berbanding lelaki yang tidak suka dipujuk. So, sekiranya ada di kalangan anda yang mempunyai kekasih yang kuat merajuk artikel ini dapat sedikit sebanyak dapat membantu anda.
2. Kuat cemburu, yup.. perempuan ini cemburunya kuat (pembaca perempuan jangan nafikan, hehe), itu lumrah. Mereka cemburu sekiranya anda memberi perhatian kepada orang lain. Jika dia sedang bercakap, anda kena tumpu perhatian. Pernah dengar ayat nie: “Awak dengar tak ape saya cakap nie, ish awak nie..”, maka bermulalah episode ke berapa entah merajuknya. Dalam filem banyak pakai dialog nih.. hehehe! Bukan itu sahaja, kadang-kadang cemburu yang kuat walaupun terhadap kawan-kawan mahupun keluarga anda sendiri.
3. Tidak dapat apa yang dia mahu.. ini sifat yang anda sebagai lelaki bukan sahaja kena pujuk, kena nasihat. Pujuk bukan beerti turut. Biasalah, perempuan ada 9 nafsu 1 akal berbanding lelaki yang 9 akal 1 nafsu. Nafsu mereka lebih untuk memiliki itu ini, so lelaki kena bijaksana untuk tangani. Sesungguhnya akal itu sentiasa mengatasi nafsu. Motivasi sikit. Hehe
4. Marah dengan orang lain.. pada waktu itu andalah tempat dia meluahkan perasaan dan menjadi tempat mengadu. Kadang-kadang dia bukan merajuk dengan anda seorang sahaja, merajuk kepada kawan-kawan contohnya, atau kepada pensyarah universiti. Pada waktu itu jalankan peranan anda untuk membentuk dia. Sebagai lelaki, anda perlu matang dan bersikap memimpin.
Ok, itu antara beberapa clue yang popular kenapa perempuan ini merajuk, clue yang lain anda cari sendiri, hehe..
Sekiranya berlaku situasi seperti di atas, apakah cara nak pujuk perempuan atau bagaimana cara nak pujuk kekasih anda yang sedang merajuk itu? Ikuti tips ini..
1. Memberitahu perkara yang sebenar. Dengan erti kata yang lain, jangan berdolak-dalik dan jangan sesekali berbohong. Perempuan akan menerima sekiranya anda berlaku jujur kepadanya. Terus terang dengan dia dan cuba fahamkan dia, insya-Allah si dia akan menerima. Selain dapat mengeratkan semula perhubungan, kepercayaan dia kepada anda juga bertambah, selepas ini jika situasi seperti di atas berulang, dia sudah memahami.
2. Bertolak ansur dengannya dan memberi buah fikiran dan jalan penyelesaian. Ini dapat menunjukkan kematangan anda. Perempuan suka lelaki yang matang dan dapat membimbingnya. Cadangkan kepadanya beberapa bentuk penyelesaian, pasti dia gembira dan rajuknya hilang. Jika masalahnya besar, anda kecilkan, dan jangan pula anda tambahkan lagi bebanan.
3. Berikan pujian. Pujian itu bukan sehingga memuja-muja. Bahkan jangan terlebih memuji, kerana dikatakan pujian ‘terlebih sudah’ kadang-kala mematikan. Pernah dengar frasa: Puji 7 Nasihat 1. Ini bermaksud sekiranya kekasih anda jenis yang susah mendengar cakap, anda guna cara ini.. puji dia 7 kali, kemudian barulah nasihat. Tidak bermakna kena sampai 7 kali, cukup sekadar pujian itu melebihi nasihat yang diberi. Sebab jika nasihat sahaja, nanti dikatakan anda memberi tazkirah pula.
4. Dendangkan lagu dan sajak kepadanya. Ada juga yang suka dipujuk dengan lagu, tiba-tiba dia datang kepada anda lalu berkata “Awak, nyanyikan saya lagu”, ha.. tandanya ada yang tak kena la tu.. dan dia mahu anda menghiburkan hatinya. Tetapi jangan tunggu diminta, anda sendiri dendangkan lagu kepadanya, ataupun sajak ‘hantam sajalah’ anda yang terkadang kedengaran lawak di hatinya. Terubat segala rajuk di jiwa.. haha, admin dah nak mula bersajak ~
Jadi bagaimana dengan cara-cara tersebut? Sekiranya anda belum praktikkan, boleh cuba praktikkan. Tetapi jangan praktikkan di tempat yang tak semestinya. Jangan sesekali biarkan rajuknya begitu sahaja.. bila dah menjadi pasangan kekasih atau suami isteri jalankan peranan anda. Jika tidak, jangan berkasih.
Hrm..perempuan ini unik, ada yang bersifat keibuan dan ada yang bersifat keanak-anakan. Anda sendiri kena ketagorikan, senang sikit anda nanti. Perempuan ini juga kadang-kadang pelik.. dan kadang-kala ajaib juga, mereka dapat buat apa yang lelaki tak sanggup buat!

No comments:

Post a Comment