Sunday, 27 November 2011

MAKSUD NAMA "IRADAH"

mesti siapa yang membaca tertanya-tanya..."siapa IRADAH?" haaa...meh sini nak bagitahu...tu la NAMA SAYA...haha...tadi tengah online blog..biase la..saya ni kaki blogger...so terjumpa la sedikit info tentang nama saya...

AL IRADAH ertinya menghendaki yakni menentukan sekalian mungkin tentang adanya atau tiadanya. Hakikatnya ialah sifat yang qadim lagi azali sabit berdiri pada zat Tuhan, dengan Dia menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas mungkin Ialah jua yang memperbuat apa yang dikehendaki-Nya pada. tiaptiap suatu maka tiada boleh nyata suatu perbuatan yang tiada daripada pilihan dan kehendak ALLAH Taala.


Maka kepercayaan orang Islam atas sifat Al Iradah itu nyata beriktiqad dan percaya yang putus segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku ialah dengan mendapat ketentuan daripada Tuhan pada tentang rezeki, umur, baik, jahat, kaya, miskin dan sebagainya serta wajib pula kita beriktiqad manusia ada mempunyai nasib (bahagian) di dalam dunia ini bagaimana firman Tuhan:
surat:28 ayat:77
Ertinya: Janganlah kamu lupakan nasib kamu (bahagian kamu di dalam dunia. (Al Qasas: 77)

Hakikat Sifat Al Iradah

Kemudian, apakah hakikat sifat Al Iradah bagi ALLAH SWT ini? Hakikat sifat Al Iradah ialah suatu sifat yang qadim lagi azali. Maksudnya, sifat Al Iradah ALLAH SWT itu tidak ada bermula yang mana adalah tetap berdiri di atas zat ALLAH SWT Dulu kita telah bahaskan betapa zat ALLAH Taala itu tidak ada permulaannya kerana ALLAH Taala tidak ada siapa yang menjadikan-Nya. Ertinya, zat ALLAH Taala itu qadim lagi azali. 

Dalam hal ini, bagaimanakah kepercayaan orang, Islam terhadap sifat Al Iradah bagi ALLAH SWT ini? Kepercayaan orang Islam terhadap sifat Al Iradah ALLAH SWT ini ialah dengan beriktiqad dengan kepercayaan yang teguh bahawa segala hal yang berlaku dan yang akan berlaku, adalah dengan mendapat ketentuan daripada ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment